A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Labis telah menyambut inisiatif Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Tanah Johor bagi pelaksanaan Approval Over Submission (AOS) Permohonan Ubah Syarat Tanah tiada/pertanian (pokok) kepada pertanian (pokok) dengan mengadakan hari terbuka pada hari ini, 22 Oktober 2019. Sebanyak 26 permohonan telah diterima dan diluluskan serta dikeluarkan Notis 7G pada hari yang sama. 17 daripada pemohon berjaya telah menjelaskan bayaran premium pada hari yang sama dan bagi hakmilik Pentadbir Tanah, endorsan dalam hakmilik juga telah didaftarkan pada hari yang sama. Tahniah kepada Pejabat Tanah Daerah (K) Labis.

Sebagai makluman, AOS Ubah Syarat ini juga dilaksanakan di seluruh Negeri Johor dan Kerajaan Negeri juga telah memberi tawaran rebat 50% bagi denda pelanggaran syarat** untuk mana-mana permohonan yang diterima dan diluluskan sebelum 31 Disember 2019. Jom manfaatkan tawaran ini. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Pejabat-Pejabat Tanah Daerah yang berhampiran dengan anda.

**Tawaran ini adalah bagi tanah berkeluasan di bawah 10 ekar

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top