A- A A+
Menu

Log Masuk

Pada 11 September 2019 (Rabu), seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Galian Johor berasa amat bertuah kerana menerima seorang Pengarah Baharu bagi menggantikan Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah yang telah bersara pada 10 September 2019.

Insan yang bertuah dan diraikan ini adalah Dato' Haji Mohammed Ridha Bin Dato' Haji Abd. Kadir. Jawatan terakhir beliau adalah 

sebagai Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Johor Bahru.

 

Seluruh Warga Pejabat Tanah dan Galian Johor mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Haji Mohammed Ridha Bin Dato' Haji Abd. Kadir di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Tanah dan Galian Johor yang baharu.

 

Tahniah dan Selamat Bertugas Tuan Pengarah!

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top