A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Pentadbiran Tanah Johor sedang dalam proses melaksanakan kajian bagi menghasilkan Polisi Tanah Johor ("Johor Land Policy"). Antara pendekatan yang digunakan dalam penghasilan Johor Land Policy adalah melalui engagement secara terus dan juga melalui perlaksanaan program- program pemerkasaan ilmu (knowledge enrichment) yang melibatkan kumpulan Subject Matter Expert (SME) dikalangan pegawai kerajaan, pemain industri, pihak swasta serta Institusi Pengajian Tinggi. Sehubungan dengan itu, PTG Johor akan menganjurkan satu Program Coffee Talk Pentadbiran Tanah Johor Siri 1/2020 dengan menampilkan kehadiran utama Pengarah PLANMalaysia@Johor, Datuk Mohd Faidzal bin Hamzah dan Principal of Director dari Mesra Ukur Sdn Bhd, Sir Seow Chin Leng. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program Coffee Talk ini boleh berhubung terus dengan Cik Farhana / En Faizul di talian 072667908 / 7942.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top