A- A A+
Menu

Log Masuk

  • 0a.jpg
  • 4a.jpg
  • 6a.jpg
  • 7a.jpg
  • 8a.jpg
  • 9a.jpg
  • 10a.jpg
  • 11a.jpg
  • kempen1.jpg
  • thaipusam.jpg

Mersing merupakan nama kepada bandar dan daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Daerah ini mempunyai keluasan 283,847 Hektar.  Kini terdapatnya pertambahan penduduk di sini dengan adanya Institut Latihan Perindustrian, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, sebuah kem tentera Kem Iskandar dan 2 buah kem Khidmat Negara di Sekakap dan Teluk Sari.

 

Terdapat 10 mukim di daerah Mersing. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat di dalam daerah Mersing beserta pulau-pulau rangkaian iaitu Mukim Mersing termasuk Pulau Batu Chawan, Mukim Triang termasuk Pulau Lalang, Mukim Tenglu termasuk Pulau Setindan dan Pulau Gajah, Mukim Penyabong termasuk Pulau Pelandok, Pulau Mawar & Pulau Puchong, Mukim Tenggaroh termasuk Pulau Kerengga dan Pulau Lilang, Mukim Jemaluang termasuk Pulau Belunak, Mukim Pulau-Pulau, Mukim Padang Endau, Mukim Sembrong dan Mukim Lenggor.

 

Pejabat Tanah Mersing pada awalnya beroperasi di Bangunan Kerajaan di Jalan Ibrahim yang kini menempatkan Pejabat Pertanian Mersing dan Majlis Daerah Mersing.Kemudian pada tahun 1972, Pejabat Tanah Mersing telah berpindah ke Bangunan yang baru iaitu di Aras Bawah, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, Jalan Ibrahim,86800 Mersing Johor

 

Pentadbiran ini ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Tuan Pemungut Hasil Tanah yang kini disebut Tuan Pentadbir Tanah Daerah. Pada awal pentadbiran baru dibangunan baru ini, Pejabat Tanah Mersing terdiri daripada beberapa Bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kurniaan, Bahagian Petempatan, Bahagian Pendaftaran dan Bahagian Hasil.

 

Pada tahun 2000, Pejabat Tanah Mersing telah membuat kertas kerja bagi Pembangunan Penstrukturan Semula Perjawatan. Manakala pada tahun 2007, penstrukturan semula semua Pejabat Tanah Daerah dalam Negeri Johor telah diluluskan dan terdapat enam (6) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Tanah & Pelupusan, Bahagian Pendaftaran, Bahagian Penguatkuasaan & Hasil, Bahagian Perundangan, Bahagian Teknologi Maklumat.

Berdasarkan penstrukturan semula jabatan ini, organisasi ini tampak lebih tersusun, teratur dan lebih mudah untuk pergerakan pengurusan Pejabat Tanah Mersing. Pentadbiran ini, sentiasa menjunjung etika kerja yang diperintahkan demi mencapai taraf penghormatan jabatan,misi dan visi yang telah dirangkakan.

 

Maklumat Keluasan Daerah Mersing Mengikut Mukim

Bil

Mukim

Keluasan

1

Mersing

76,228 Ha

2

Padang Endau

16,335 Ha

3

Tenggaroh

17,890 Ha

4

Triang

6,481 Ha

5

Tenglu

16,075 Ha

6

Penyabong

10,113 Ha

7

Jemaluang

12,445 Ha

8

Sembrong

59,894 Ha

9

Lenggor

63,005 Ha

10

Pulau - Pulau

5,381 Ha

Jumlah Keseluruhan

283,847 Ha

 

 

Berita

Majlis Maulidur Rasul 1440H Peringkat PTG Johor
Pada  17 Januari 2019, Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Johor dengan usahasama Puspanita PTG Johor telah menganjurkan Majlis Maulidur Rasul 1440H Peringkat PTG Johor. Para peserta perarakan diwakili Kumpulan Hanafi,Hambali,Shafi'e dan Maliki. Perarakan Maulidur Rasul 1440H dimulakan pada jam 8.00... Baca Selanjutnya...
Majlis Amanat Pengarah 2019
Pada 14 Januari 2019, Pihak Pengurusan PTG Johor Telah Menganjurkan Majlis Amanat Pengarah 2019 Pada Jam 8.00 Pagi Bertempat di Dewan Serbaguna PTG Johor Antara Intipati Daripada YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah selaku Pengarah PTG Johor,1) YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah selaku... Baca Selanjutnya...
Program Menyantuni Pembayar Cukai Tanah...
Program Menyantuni Pembayar Cukai Tanah Di Semua Kaunter Cukai Tanah Seluruh Negeri Johor 1 Januari 2019 Jam 8.30 Pagi paparan gambar-gamabr boleh dilawati di FB Laman Rasmi Pentadbiran Tanah Johor Pautan: https://bit.ly/2SXu8ws Baca Selanjutnya...
Pemenang Cabutan Bertuah pada minggu Terakhir...
Tahniah kepada pemenang Cabutan Bertuah pada minggu Terakhir Disember 2018. Pemenang diminta menghubungi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Johor dalam tempoh masa satu (1) bulan tarikh cabutan bertuah dan hebahan ini dibuat. Jika tiada sebarang tuntutan dibuat dalam tempoh ditetapkan,... Baca Selanjutnya...
Pemenang Cabutan Bertuah Pada Minggu Ketiga...
Tahniah kepada pemenang Cabutan Bertuah pada minggu Ketiga Disember 2018. Kepada pembayar yang belum memenangi sebarang cabutan bertuah, jangan risau!!! mungkin tuah anda di minggu hadapan... kepada yang belum bayar..jom bayar cukai tanah dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah ! Pemenang... Baca Selanjutnya...
Majlis Tahlil Kesyukuran dan Doa Selamat PTG Johor
Majlis Tahlil Kesyukuran dan Doa Selamat PTG Johor Baca Selanjutnya...
Pemenang Cabutan Bertuah Pada Minggu Kedua...
Tahniah kepada pemenang Cabutan Bertuah pada minggu Kedua Disember 2018. Kepada pembayar yang belum memenangi sebarang cabutan bertuah, jangan risau!!! mungkin tuah anda di minggu hadapan... kepada yang belum bayar..jom bayar cukai tanah dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah ! Pemenang... Baca Selanjutnya...
Lawatan Bermaklumat Dari Pejabat Tanah Dan...
Pejabat Tanah Kulai telah menerima kunjungan hormat dan lawatan bermaklumat dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu pada Khamis, 6 Disember 2018. Kunjungan ini bertujuan berkongsi tatacara kerja dalam pelbagai aspek pentadbiran, hasil, urusniaga dan bukan urusniaga tanah serta pengurusan... Baca Selanjutnya...
Pemenang Cabutan Bertuah pada minggu pertama...
Tahniah kepada pemenang Cabutan Bertuah pada minggu pertama Disember 2018. Kepada pembayar yang belum memenangi sebarang cabutan bertuah, jangan risau!!! mungkin tuah anda di minggu hadapan... kepada yang belum bayar..jom bayar cukai tanah dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah... Baca Selanjutnya...
Majlis Apresiasi Program Penutup "Succession...
Pada malam ini,4 Disember 2018, telah diadakan Majlis Apresiasi Program Penutup "Succession Plan" Penolong Pegawai Tanah 2018 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor."Succession Plan" atau pelan penggantian merujuk  kepada proses untuk... Baca Selanjutnya...
prev
next

 

« January 2019 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
  • Portal Dikemaskini: Khamis, 17 Januari 2019.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top