• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Perutusan Pentadbir Tanah Tangkak

Salam Sejahtera,

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Tangkak. Portal ini menyediakan maklumat lengkap secara rasmi profil perkhidmatan yang berkaitan urusan dan pentadbiran tanah dengan mematuhi dasar dan undang-undang yang ditetapkan. Tugas dan tanggungjawab tersebut juga mestilah mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa.

Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Tangkak merupakan salah satu pemangkin utama dalam pengurusan dan pentadbiran tanah di Negeri Johor melalui pautan Portal Rasmi Pentadbiran Tanah Johor iaitu www.ptj.johor.gov.my. Tugas – tugas yang dilaksanakan oleh jabatan ini adalah seperti memproses permohonan tanah, mendaftar tanah milik, menyimpan dokumen hakmilik, menerima dan memproses pendaftaran semua urusniaga dan bukan urusniaga serta menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan tanah di peringkat Daerah Tangkak.

Portal ini juga adalah salah satu medium yang penting untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna mengenai urusan-urusan berkenaan tanah dan aktiviti serta peristiwa terkini di jabatan ini dengan cara yang lebih cepat dan berkesan.

Sukacita saya mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan dan maklumbalas yang positif bagi memperbaiki mutu perkhidmatan pentadbiran ini melalui Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Tangkak  selaras dengan moto jabatan iaitu “Satu Semangat, Satu Wawasan”.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Daerah Tangkak yang begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pusat rujukan pengurusan dan pentadbiran tanah di negeri Johor.

 Sekian, selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Daerah Tangkak. Terima kasih.

TUAN HAJI MOHD NAZID BIN JASIMAN

PENTADBIR TANAH DAERAH TANGKAK.

Ubah bahasa »
Skip to content