Hakmilik Sambungan
JENIS PERKHIDMATAN
URUSAN | PENERANGAN |
Hakmilik Sambungan SEK 166 (1) (D) | Dilaksanakan bagi permohonan Dokumen Hakmilik Keluaran (DHK) hilang / rosak / musnah keseluruhan atau sebahagian. |
Hakmilik Gantian SEK 175 A-F | Merupakan kaedah bagi menggantikan Dokumen Hakmilik Daftar (DHD) yang hilang, musnah keseluruhan atau sebahagian atau maklumat yang dicatat dalam keadaan tidak boleh dibaca. Ianya perlu dilaksanakan bagi mengemaskini rekod hakmilik serta bertujuan memulihara DHD yang telah rosak. Pemilik tanah perlu bekerjasama untuk menyerahkan DHK bagi tujuan semakan rekod endosan dan urusan tanah terdahulu. |
Hakmilik Pendua | Bagi menggantikan DHK hilang, rosak, muka surat penuh atau keadaan fizikalnya tidak membenarkan ia digunakan lagi. DHK juga boleh dikeluarkan sekiranya pemilik tanah enggan menyerahkan DHK walaupun telah menerima notis Borang 2B Sek. 15 KTN. |
PERMOHONAN HAKMILIK SAMBUNGAN AKIBAT DHK HILANG/ROSAK/MUSNAH SEMUA ATAU SEBAHAGIANNYA
- Apakah yang dimaksudkan DHK hilang / uzur / musnah sebahagiannya ?
- DHK dikategorikan hilang apabila dokumen tersebut tiada dalam simpanan pemilik tanah akibat tersalah letak, dicuri,tercicir, bencana alam dan sbg.
- DHK dikategorikan rosak dan musnah sebahagian ataupun sepenuhnya adalah DHK yang masih ada dalam pegangan pemilik atau orang berkepentingan tetapi keadaan fizikalnya telah rosak atau hancur dan tidak lagi bersesuaian untuk disimpan.
- Siapakah yang layak membuat permohonan ini ?
- Pemilik-pemilik tanah yang berdaftar
- Pihak berkepentingan iaitu pemegang gadaian dan pemegang kaveat lien
- Waris-waris bagi pemilik tanah berdaftar
- Individu yang telah dilantik oleh syarikat/pertubuhan/persatuan melalui resolusi atau cabutan minit mesyuarat
- Individu yang telah menerima wakil kuasa bagi melaksanakan permohonan ini
- Surat akuan sumpah tidak diperlukan bagi permohonan hakmilik sanbungan akibat DHK rosak
- Apakah dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan?
- Surat akuan sumpah (asal) daripada setiap pemilik dan pihak berkepentingan atas tanah tersebut diperlukan bagi permohonan hakmilik hilangLaporan polis (asal) berkenaan kehilangan dokumen hakmilik tersebut. Salinan Sijil kematian pemilik, Sijil Lahir Waris, Surat Kuasa Mentadbir, diperlukan bagi permohonan daripada waris-waris pemilik tanah.Surat lantikan/salinan, resolusi/cabutan minit mesyuarat dan Undang-Undang Tubuh/M&A bagi permohonan yang dibuat oleh syarikat/pertubuhan/persatuan. DHK yang telah rosakperlu diserahkan bagi permohonan hakmilik sambungan akibat rosak / musnah keseluruhan atau sebahagiannya.