• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Kaunter Ekspress

Kaunter Ekspress hanya menerima perserahan suratcara urusniaga dan borang bukan urusniaga bersama dokumen berkaitan beserta bayaran pendaftarannya untuk didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara, 1965 (KTN) yang melibatkan :-

  1. Satu ( 1 ) hakmilik dengan satu ( 1 ) urusan  sahaja ( Contoh Pindahmilik Tanah atau Gadaian )
  2. Pinjaman Kerajaan ( Kerajaan Negeri  atau  Persekutuan )
  3. Perserahan orang perseorangan yang mohon disegerakan untuk urusan keluarga

TATACARA PERSERAHAN KAUNTER EKSPRESS

  1. Buat semakan, dapatkan folder “SEGERA”  dan nombor giliran di Kaunter Pertanyaan
  2. Masukkan suratcara, hakmilik dan lain-lain dokumen ke dalam “Folder SEGERA”
  3. Buat perserahan beserta bayaran pendaftaran di “Kaunter EKSPRESS”
  4. Dapatkan resit urusan tanah dan semak sebelum meninggalkan kaunter bayaran

Perhatian

Penyerah diminta memberikan nombor telefon yang mudah dihubungi ketika membuat perserahan di kaunter

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN UNTUK PERSERAHANDI KAUNTER EKSPRESS

JENIS DOKUMENSEKSYEN KTN
Borang asal suratcara (pindah milik / melepaskan gadaian / gadaian / pajakan) yang telah sempurna ditandatangan dan disetemkan294 (1) (a)
Borang Pendua suratcara urusniaga ( Gadaian )294 (1) (b)
Pendua gadaian berdaftar (bagi kes melepaskan gadaian, Perakuan  Jualan  oleh  Mahkamah  atau  Perletakhakan atas Kepentingan)294 (2) (b) (c)
Borang Permohonan Asal / Perintah Mahkamah salinan asal atau disahkan oleh Mahkamah ( Bagi urusan bukan urusniaga ) 
Dokumen Hakmilik Keluaran Asal (DHKK)294 (2) (a)
Resit Cukai Tanah tahun semasa301A
Bayaran pendaftaran yang ditetapkan293
Dokumen sokongan lain yang diperlukan seperti :- a.  Suratkuasa Wakil ( 2 salinan ) b.  Surat Ikatan Amanah ( 2 salinan ) c.  Pengesahan Saham Syarikat Oleh Setiausaha Syarikat (menentukan Syarikat Asing atau Tempatan ),Resolusi Lembaga Pengarah, Borang 49 dan M&A Syarikat  (menentukan cara pelaksanaan borang suratcara dengan sempurna ) d.  Surat Kelulusan Longgar Sekatan e.  Surat Kebenaran Pengkaveat f.   Surat Kebenaran Pemegang Gadaian g.  Salinan Perintah Mahkamah h.  Surat Tawaran Rumah Murah / Kos Sederhana Rendah   i.   Surat Pelepasan Lot Bumiputera j.   Surat Akuan Berkanun  294 (3) (a) 344 (3) 433 A     210 (3)       322 (5) (b) 214 (2) (c) 417 311
Surat Notis Taksiran dari Pejabat Duti Setem menentukan nilaian tanah (bagi perserahan Borang 14A, Borang 16F untuk tujuan menetapkan bayaran pendaftaran) 
Ubah bahasa »
Skip to content