Pendaftaran Hakmilik Baru
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Memproses dan mendaftarkan hakmilik sementara selepas kelulusan :-
1) Serahbalik dan Kurniasemula (sek.197 dan sek.76 KTN)
2) Pecah Sempadan (sek.135 KTN)
3) Pecah Bahagian (sek.140 KTN)
4) Cantuman (sek.146 KTN)
5) Pelupusan (sek.76 KTN)
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PENDAFTARAN HAKMILIK BARU SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA
1) Borang 12A (Seksyen 197) yang telah lengkap.
2) Hakmilik asal yang hendak diserahbalik.
3) Draf Borang 11AK-Hakmilik (Seksyen 177).
4) Dua salinan draf Borang B2-Pelan Tanah (dicetak atas kertas putih setebal 120 gsm).
5) Pelan Pra-Hitungan yang mengandungi nombor plot dan disahkan oleh PTG.
6) Pelan taburan Lot Bumiputera yang disahkan oleh SUKJCP Salinan Sijil Akuan Juruukur Tanah.
7) Salinan resit cukai tanah semasa.
8) Salinan Notis 5A dan resit bayaran.
9) Surat Perjanjian yang telah ditandatangani oleh SUK dan Pemaju (tuanpunya tanah) (pekeliling PTG Bil.1/81).
10) Senarai plot-plot baru.
11) Surat kebenaran pihak yang berkepentingan ( pengkaveat atau pemegang gadaian ) [sek. 196(i)C] .
PECAH SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN / CANTUMAN
1) Borang 9A / 9B / 9C yang telah lengkap
2) Hakmilik asal
3) Draf Borang 11AK -Hakmilik
4) DUA salinan draf Borang B2-Pelan Tanah (dicetak atas kertas putih setebal 120 gsm)
5) Pelan Pra-Hitungan yang mengandungi nombor plot dan disahkan oleh PTG.
6) Salinan resit cukai tanah semasa.
7) Salinan Sijil Akuan Juruukur Tanah.
8) Salinan Notis 5A dan resit bayaran.
9) Surat kebenaran pihak yang berkepentingan ( pengkaveat atau pemegang gadaian ) [sek. 196(i)C].
KURNIAAN BARU DAN SAMBUNG PAJAKAN
1) Draf Borang 11AK-Hakmilik (Seksyen 177)
2) Dua salinan draf Borang B2-Pelan Tanah (dicetak atas kertas putih setebal 120 gsm)
3) Salinan Notis 5A dan resit bayaran
4) Salinan Kad Pengenalan pemohon
5) Salinan surat kelulusan PTG yang diakui sah oleh Pentadbir Tanah