Perolehan Hartanah Oleh Kepentingan Asing
PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN ASING
TAFSIRAN KEPENTINGAN ASING (SEKSYEN 433B KTN)
Sesuatu kepentingan kumpulan, kepentingan individu atau pihak yang bertindak secara bersama merangkumi;
(1) Individu bukan warganegara Malaysia dan / atau
(2) Individu Pemastautin Tetap atau
(3) Syarikat asing atau institusi asing atau/dan
(4) Syarikat tempatan atau institusi tempatan yang mana pihak di butiran (A) dan/atau (B), memiliki lebih daripada 50% hak mengundi dalam syarikat tempatan atau institusi tempatan berkenaan.
KATEGORI TANAH, JENIS BANGUNAN DAN HARGA MINIMA YANG DIBENARKAN DIMILIK OLEH KEPENTINGAN ASING PEMBELIAN TERUS DARIPADA PEMAJU
Kategori | Syarat | Kouta | Harga Minima |
Bangunan Kediaman | 1. Rumah Teres 2 tkt. dan ke atas 2. Rumah Klauster 2 tkt. dan ke atas. 3. Rumah Berkembar 2 tkt.dan ke atas 4. Rumah Sesebuah (Banglo) 2 tkt. dan ke atas. 5. Lot Kosong untuk Banglo 6. Pangsapuri/Service Apartment/Holiday Home | 20% 20% 30% 30% 30% 50% | RM 1,000,000 Dan ke atas |
Bangunan Perniagaan/ Komersial | 1. Kedai 3 tkt. dan ke atas 2. Kedai/Pejabat 3 tkt. dan ke atas. 3. Ruang Pejabat/Ruang Perniagaan dalam Kompleks Perniagaan | 10% 10% 20% | RM 1,000,000 Dan ke atas |
Perusahaan/ Industri | Kepentingan Asing dibenarkan memperolehi hartanah kategori perusahaan dengan sebagaimana pada Pekeliling PTG Johor Bil.01 Tahun 2017. | Tiada Had | RM 1,000,000 Dan ke atas |
PEMBELIAN DARIPADA INDIVIDU/SYARIKAT (BUKAN PEMAJU) – SUB-SALES
Kategori | Syarat | Harga Minima |
Bangunan Kediaman | 1. Rumah Teres 2 tkt. dan ke atas 2. Rumah Klauster 2 tkt dan ke atas 3. Rumah Berkembar 2 tkt dan ke atas. 4. Rumah sesebuah (Banglo) 2 tkt. dan ke atas. 5. Lot Kosong untuk Banglo 6. Pangsapuri/Service Apartment/Holiday Home | RM 1,000,000 Dan ke atas |
Bangunan Perniagaan/ Komersial | 1. Kedai 3 tkt. dan ke atas. 2. Kedai/Pejabat 3 tkt. dan ke atas 3. Ruang Pejabat/Ruang Perniagaan dalam Kompleks Perniagaan. | RM 1,000,000 Dan ke atas |
Perusahaan/ Industri | Kepentingan Asing dibenarkan memperolehi hartanah kategori perusahaan dengan sebagaimana pada Pekeliling PTG Johor Bil.01 Tahun 2017. | RM 1,000,000 Dan ke atas |
Pertanian | Tidak boleh memiliki kecuali secara pajakan sahaja. Kepentingan Asing boleh memohon kebenaran untuk memajak tanah kategori pertanian bagi tujuan berikut ;- 1. Menjalankan aktiviti pertanian komersial menggunakan teknologi tinggi dan moden atau 2. Menjalankan projek agro perlancongan atau 3. Menjalankan aktiviti pertanian atau industri berasaskan pertanian bagi menghasilkan produk untuk dieksport. 4. Tempoh pajakan 10 tahun dan ke atas. 5. Didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat tempatan. | RM 1,000,000 Dan ke atas atau berkeluasan lebih 15 ekar, mana yang lebih tinggi. |
PINDAHMILIK ATAS BALASAN KASIH SAYANG
Kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan Asing atas balasan kasih sayang di kalangan Keluarga terdekat boleh dipertimbangkan tanpa mengambilkira jenis hartanah dan nilaiannya tetapi masih tertakluk kepada kebenaran dan bayaran kelulusan sebanyak RM 10,000 bagi setiap hakmilik.
Keluarga terdekat bermaksud individu yang mempunyai hubungan perkahwinan (suami/isteri) atau pertalian darah (datuk, nenek, ibu, bapa, aik-beradik dan anak-anak termasik anak tiri dan anak angkat yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
PEROLEHAN HARTANAH MELALUI :
PERINTAH PUSAKA/PERINTAH MAHKAMAH
Kepentingan Asing dibenar memperolehi semua jenis hartanah yang diwarisi selepas mendapat Perintah Pembahagian Pusaka atau Perintah mahkamah kecuali Tanah dalam Rizab Melayu dibawah Enakment Rizab Melayu 1936. Bayaran kelulusan RM 10,000 adalah DIKECUALIKAN
KEPENTINGAN ASING TIDAK DIBENARKAN MEMPEROLEHI :
(1) Unit Rumah Kediaman/Kedai di bawah kategori Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
(2) Unit Rumah Kediaman jenis terse satu atau satu setengah tingkat.
(3) Unit Kedai atau Kedai/Pejabat jenis teres kurang 3 tingkat.
(4) Hartanah yang diperuntukan kepada kuota Bumiputra dalam sesuatu projek pembangunan hartanah kecuali telah mendapat pelepasan daripada Pejabat SUK Cawangan Perumahan Johor.
(5) Tanah yang dikeluarkan Perintah Jualan oleh Mahkamah atau lelongan awam. (Sek.256-260 KTN)
(6) Hartanah di atas Tanah Rizab Melayu.
(7) Gerai atau Bengkel Perkhidmatan.
(8) Tanah Pertanian yang dibangun berasaskan konsep homestead.
(9) Hartanah yang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
SENARAI SEMAK (CHEK-LIST) KETIKA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN MAKLUMAN PEMOHON/PEMBELI
(1) Salinan Passport dan kad Pengenalan
(2) Jika Pemohon sebuah syarikat;
– M&A, Borang 49 dan Borang 24
– Resolusi syarikat
– Pengesahan Setiausaha Syarikat mengenai Struktur pemilikan dan pegangan syer semasa
(3) Salinan Surat Perjanjian Jualbeli (S&P)
(4) Salinan Hakmilik Tanah
(5) Salinan Resit Cukai Tanah dan Cukai Harta Tahun semasa.
(6) Salinan Perintah Pembahagian Pusaka/Perintah mahkamah yang diakui sah dan salinan Sijil Kematian jika Permohonan
MAKLUMAT PEMILIK TANAH/PENJUAL
(1) Salinan Passport dan Kad Pengenalan
(2) Jika Penjual/Pemilik sebuah syarikat;
– M&A, Borang 49 dan Borang 24
– Resolusi syarikat
– Pengesahan Setiausaha Syarikat mengenai Struktur pemilikan dan pegangan syer semasa
(3) Jika pembelian daripada Pemaju : Format A – Perlu dilengkapkan oleh Pemaju
(4) Surat Persetujuan daripada pihak berkepentingan (Pengkaveat atau Pemegang Gadaian)