Salinan Sah / Carian Rasmi
APA ITU SALINAN SAH, CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN?
Salinan Sah (Seksyen 383, KTN)
Satu salinan diperakui bagi dokumen hakmilik daftaran atau intrumen urusniaga berdaftar yang ada di dalam simpanan Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah yang mana setiap salinan diperakui sedemikian hendaklah ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar dan diterima oleh mana-mana Mahkahmah atau Hakim atau mana-mana badan perundangan yang berkuasa menyiasat atau membuat sesuatu keputusan mengenai apa-apa perkara sebagai keterangan ’Prime Facie’ bagi semua yang terkandung di dalamnya atau dicatatera di atasnya.
Carian Rasmi Hakmilik (Seksyen 385, KTN)
Suatu Sijil Carian Rasmi yang telah ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar dengan memastikan kandungannya menunjukkan maklumat hakmilik, pemilikan dan perkara berkaitan yang masih berkuatkuasa sebagaimana yang tercatat dalam dokumen hakmilik daftaran dan rekod urusan urusniaga / bukan urusniaga yang telah diterima tetapi belum didaftarkan.
Carian Persendirian (Seksyen 384, KTN)
Suatu carian maklumat secara persendirian oleh mana-mana individu dengan cara memeriksa dan mengambil nota atau mengutip dari:
(a) mana-mana daftar hakmilik, Buku Perserahan atau Buku Nota Pembetulan yang diselenggara oleh Pendaftar atau mana-mana pendahulu Pendaftar; dan
(b) apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang diserah kepada atau dalam jagaan Pendaftar.
MAKLUMAT YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA SALINAN SAH, CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN
Suratan hakmilik :
(a) Untuk mendapatkan nama tuan tanah berdaftar.
(b) Untuk mendapatkan maklumat tanah seperti:
- Jenis kategori kegunaan tanah
- Sekatan kepentingan
iii. Tempoh Pajakan
- Keluasan Tanah
- Kadar Cukai Tanah
- Syarat Nyata
vii. Maklumat Pindahmilik, Gadaian, Kaveat dan sebagainya
Suratcara :
(a) | Borang 14A: | Untuk mendapatkan maklumat pemberi dan maklumat penerima yang menyempurnakan suratcara. |
(b) | Borang 15A: | |
(c) | Borang 16A: |
Lain-lain Dokumen :
(a) Borang Kaveat
(b) Suratkuasa Wakil
(c) Surat Ikatan Amanah
(d) Surat Kebenaran
(e) Perintah Pusaka / Perintah Mahkamah
(f) Lain-lain
Kadar Bayaran Carian
Bil. | Urusan | Kadar Bayaran |
1. | Carian Persendirian Hakmilik Berkomputer | RM 40.00 |
2. | Carian Persendirian Hakmilik Manual/ Dokumen | RM 40.00 |
3. | Carian Persendirian Hakmilik dan Maklumat Tidak Berkuatkuasa | RM 60.00 |
4. | Carian Rasmi Hakmilik | RM 120.00 |
5. | Carian Rasmi Hakmilik dan Maklumat Tidak Berkuatkuasa | RM 150.00 |
6. | Salinan Sah Hakmilik Berkomputer/ Manual | RM 100.00 |
7. | Salinan Sah Suratcara | RM 150.00 |
8. | Salinan Sah Lampiran Kepada Suratcara | RM 50.00 |
9. | Salinan Sah Dokumen | RM 100.00 |