• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Perolehan Hartanah Oleh Kepentingan Asing

PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN ASING

TAFSIRAN KEPENTINGAN ASING (SEKSYEN 433B KTN)

Sesuatu kepentingan kumpulan, kepentingan individu atau pihak yang bertindak secara bersama merangkumi;

(1)     Individu bukan warganegara Malaysia dan / atau

(2)     Individu Pemastautin Tetap atau

(3)     Syarikat asing atau institusi asing atau/dan

(4)     Syarikat tempatan atau institusi tempatan yang mana pihak di butiran (A) dan/atau (B), memiliki lebih daripada 50% hak mengundi dalam syarikat tempatan atau   institusi tempatan berkenaan.

KATEGORI TANAH, JENIS BANGUNAN DAN HARGA MINIMA YANG DIBENARKAN DIMILIK OLEH KEPENTINGAN ASING PEMBELIAN TERUS DARIPADA PEMAJU

KategoriSyaratKoutaHarga Minima
Bangunan Kediaman  1.    Rumah Teres 2 tkt. dan ke atas

2.    Rumah Klauster 2 tkt. dan ke atas.

3.    Rumah Berkembar 2 tkt.dan ke atas

4.    Rumah Sesebuah (Banglo) 2 tkt. dan ke atas.

5.    Lot Kosong untuk  Banglo

6.    Pangsapuri/Service Apartment/Holiday Home
  20%

20%

30%

30%

30%

50%
      RM 1,000,000 Dan ke atas  
Bangunan Perniagaan/ Komersial  1.   Kedai 3 tkt. dan ke atas

2.   Kedai/Pejabat 3 tkt. dan ke atas.

3.   Ruang Pejabat/Ruang Perniagaan dalam  Kompleks Perniagaan
  10%

10%

20%  
    RM 1,000,000   Dan ke atas    
Perusahaan/ Industri  Kepentingan Asing dibenarkan memperolehi hartanah kategori perusahaan dengan sebagaimana pada Pekeliling PTG Johor Bil.01 Tahun 2017.
 
  Tiada Had  RM 1,000,000   Dan ke atas

PEMBELIAN DARIPADA INDIVIDU/SYARIKAT (BUKAN PEMAJU) – SUB-SALES

KategoriSyaratHarga Minima
  Bangunan Kediaman          1.  Rumah Teres 2 tkt. dan ke atas 2.  Rumah Klauster 2 tkt dan ke atas 3.  Rumah Berkembar 2 tkt dan ke atas. 4.  Rumah sesebuah (Banglo) 2 tkt. dan ke atas. 5.  Lot Kosong untuk Banglo 6.  Pangsapuri/Service Apartment/Holiday Home    RM 1,000,000  Dan ke atas    
  Bangunan Perniagaan/ Komersial      1.  Kedai 3 tkt. dan ke atas. 2.  Kedai/Pejabat 3 tkt. dan ke atas 3.  Ruang Pejabat/Ruang Perniagaan dalam Kompleks Perniagaan.    RM 1,000,000 Dan ke atas    
  Perusahaan/ Industri    Kepentingan Asing dibenarkan memperolehi hartanah kategori perusahaan tanpa perlu kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.  RM 1,000,000 Dan ke atas    
  Pertanian                    Tidak boleh memiliki kecuali secara pajakan sahaja. Kepentingan Asing boleh memohon kebenaran untuk memajak tanah kategori pertanian bagi tujuan berikut ;- 1.    Menjalankan aktiviti pertanian komersial menggunakan teknologi tinggi dan moden atau

2.    Menjalankan projek agro perlancongan atau

3.    Menjalankan aktiviti pertanian atau industri berasaskan pertanian bagi menghasilkan produk untuk dieksport.

4.   Tempoh pajakan 10 tahun dan ke atas.

5.   Didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat tempatan.
  RM 1,000,000 Dan ke atas atau berkeluasan lebih 15 ekar, mana yang lebih tinggi.    

PINDAHMILIK ATAS BALASAN KASIH SAYANG

Kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan Asing atas balasan kasih saying di kalangan Keluarga terdekat boleh dipertimbangkan  tanpa mengambilkira jenis hartanah dan nilaiannya tetapi masih tertakluk kepada kebenaran dan bayaran kelulusab sebanyak RM 10,000 bagi setiap hakmilik.

Keluarga terdekat bermaksud individu yang mempunyai hubungan perkahwinan (suami/isteri) atau pertalian darah (datuk, nenek, ibu, bapa, aik-beradik dan anak-anak termasik anak tiri dan anak angkat yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara).

PEROLEHAN  HARTANAH MELALUI :

PERINTAH PUSAKA/PERINTAH MAHKAMAH

Kepentingan Asing dibenar memperolehi semua jenis hartanah yang diwarisi selepas mendapat Perintah Pembahagian Pusaka atau Perintah mahkamah kecuali Tanah dalam Rizab Melayu dibawah Enakment Rizab Melayu 1936. Bayaran kelulusan RM 10,000 adalah DIKECUALIKAN

KEPENTINGAN ASING TIDAK DIBENARKAN MEMPEROLEHI :

(1)       Unit Rumah Kediaman/Kedai di bawah kategori Kos Rendah dan Sederhana Rendah.

(2)       Unit Rumah Kediaman jenis terse satu atau satu setengah tingkat.

(3)       Unit Kedai atau Kedai/Pejabat jenis teres kurang 3 tingkat.

(4)       Hartanah yang diperuntukan kepada kuota Bumiputra dalam sesuatu projek pembangunan hartanah kecuali telah mendapat pelepasan daripada Pejabat SUK Cawangan Perumahan Johor.

(5)       Tanah yang dikeluarkan Perintah Jualan oleh Mahkamah atau lelongan awam. (Sek.256-260 KTN)

(6)       Hartanah di atas Tanah Rizab Melayu.

(7)       Gerai atau Bengkel Perkhidmatan.

(8)       Tanah Pertanian yang dibangun berasaskan konsep homestead.

(9)       Hartanah yang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

SENARAI SEMAK (CHEK-LIST) KETIKA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN MAKLUMAN PEMOHON/PEMBELI

(1)       Salinan Passport dan kad Pengenalan

(2)       Jika Pemohon sebuah syarikat;

–    M&A, Borang 49 dan Borang 24
–    Resolusi syarikat
–    Pengesahan Setiausaha Syarikat mengenai Struktur pemilikan dan pegangan syer semasa

(3)       Salinan Surat Perjanjian Jualbeli (S&P)

(4)       Salinan Hakmilik Tanah

(5)       Salinan Resit Cukai Tanah dan Cukai Harta Tahun semasa.

(6)       Salinan Perintah Pembahagian Pusaka/Perintah mahkamah yang diakui sah dan salinan Sijil Kematian jika Permohonan

MAKLUMAT PEMILIK TANAH/PENJUAL

(1)       Salinan Passport dan Kad Pengenalan

(2)       Jika Penjual/Pemilik sebuah syarikat;

–    M&A, Borang 49 dan Borang 24
–    Resolusi syarikat
–    Pengesahan Setiausaha Syarikat mengenai Struktur pemilikan dan pegangan syer semasa

(3)       Jika pembelian daripada Pemaju : Format A – Perlu dilengkapkan oleh Pemaju

(4)       Surat Persetujuan daripada pihak berkepentingan (Pengkaveat atau Pemegang Gadaian)

Ubah bahasa »
Saiz Font
Warna Latar belakang
Pentadbiran Tanah Johor