Piagam Pelanggan (Pelupusan)
01
PERMOHONAN TANAH KERAJAAN
11Oleh individu dan Syarikat yang kurang daripada 20 permohonan.
- Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50hari dari tarikh terima kertas perakuan.
Berkelompok dan Umum yang lebih daripada 20 permohonan.
- Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 90 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
02
PERMOHONAN MEMBAHARUI & MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH
11Daripada Pemohon Asal (Bagi kampung-kampung Baru sahaja)
- Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah & Galian Johor dalam tempoh 15 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
Daripada Pemohon Selain Daripada Pemohon Asal
- Perakuan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
03
PERMOHONAN LEBIHAN KELUASAN SELEPAS DIUKUR HALUS
Lebih sepuluh (10) ekar tetapi kurang daripada 10% keluasan asal.
- Perakuan akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
04
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
6Di bawah bidang Kuasa Pengarah Tanah dan Galian Johor
- Permohonan akan dipertimbangkan dalam tempoh 15 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
Diluar bidang Kuasa Pengarah Tanah dan Galian Johor.
- Permohonan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
05
PERMOHONAN RAYUAN
6- Perakuan semula bagi kes-kes rayuan permohonan tanah Kerajaan atau kurang premium akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.
06
PENYAMPAIAN KEPUTUSAN KERAJAAN
- Semua keputusan Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Y.A.B Menteri Besar Johor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan akan disampaikan kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 15 hari dari tarikh keputusan diterima.