• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Salinan Sah / Carian Rasmi

APA ITU SALINAN SAH, CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN?

Salinan Sah (Seksyen 383, KTN)

Satu salinan diperakui bagi dokumen hakmilik daftaran atau intrumen urusniaga berdaftar yang ada di dalam simpanan Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah yang mana setiap salinan diperakui sedemikian hendaklah ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar dan diterima oleh mana-mana Mahkahmah atau Hakim atau mana-mana badan perundangan yang berkuasa menyiasat atau membuat sesuatu keputusan mengenai apa-apa perkara sebagai keterangan ’Prime Facie’ bagi semua yang terkandung di dalamnya atau dicatatera di atasnya.

Carian Rasmi Hakmilik (Seksyen 385, KTN)

Suatu Sijil Carian Rasmi yang telah ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar dengan memastikan kandungannya menunjukkan maklumat hakmilik, pemilikan dan perkara berkaitan yang masih berkuatkuasa sebagaimana yang tercatat dalam dokumen hakmilik daftaran dan rekod urusan urusniaga / bukan urusniaga yang telah diterima tetapi belum didaftarkan.

Carian Persendirian (Seksyen 384, KTN)

Suatu carian maklumat secara persendirian oleh mana-mana individu dengan cara memeriksa dan mengambil nota atau mengutip dari:

(a) mana-mana daftar hakmilik, Buku Perserahan atau Buku Nota Pembetulan yang diselenggara oleh Pendaftar atau mana-mana pendahulu Pendaftar; dan

(b)  apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang diserah kepada atau dalam jagaan Pendaftar.

MAKLUMAT YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA SALINAN SAH, CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN

Suratan hakmilik :

(a)      Untuk mendapatkan nama tuan tanah berdaftar.

(b)      Untuk mendapatkan maklumat tanah  seperti:

  1. Jenis kategori kegunaan tanah
  2. Sekatan kepentingan

iii. Tempoh Pajakan

  1. Keluasan Tanah
  2. Kadar Cukai Tanah
  3. Syarat Nyata

vii. Maklumat Pindahmilik, Gadaian, Kaveat dan sebagainya

Suratcara :

(a)Borang 14A:Untuk mendapatkan maklumat pemberi dan maklumat penerima yang menyempurnakan suratcara.
(b)Borang 15A:
(c)Borang 16A:

Lain-lain Dokumen :

(a)  Borang Kaveat

(b)  Suratkuasa Wakil

(c)   Surat Ikatan Amanah

(d)  Surat Kebenaran

(e)   Perintah Pusaka / Perintah Mahkamah

(f)    Lain-lain

Kadar Bayaran Carian

Bil.UrusanKadar Bayaran
1.Carian Persendirian Hakmilik BerkomputerRM 40.00
2.Carian Persendirian Hakmilik Manual/ DokumenRM 40.00
3.Carian Persendirian Hakmilik dan Maklumat Tidak BerkuatkuasaRM 60.00
4.Carian Rasmi HakmilikRM 120.00
5.Carian Rasmi Hakmilik dan Maklumat Tidak BerkuatkuasaRM 150.00
6.Salinan Sah Hakmilik Berkomputer/ ManualRM 100.00
7.Salinan Sah SuratcaraRM 150.00
8.Salinan Sah Lampiran Kepada SuratcaraRM 50.00
9.Salinan Sah DokumenRM 100.00
Lampiran A (Kadar Bayaran Carian)
Ubah bahasa »
Pentadbiran Tanah Johor