• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐡𝐦𝐚𝐫𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐤𝐞 𝐏𝐓𝐆 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐒𝐑 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓

28 Julai 2025, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Johor telah menerima kunjungan hormat daripada pasukan benchmarking Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sempena kajian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2025.

Lawatan rasmi ini berlangsung di Dewan Serbaguna, Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad. Delegasi daripada JKPTG yang diketuai oleh, Tuan Haji Jaiya Bin Abu, Pegarah, Bhagian Pengurusan & Perundangan Tanah, JKPTG, Putrajaya, turut serta Puan Rosmelah binti Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh, Puan Darishawati binti Daud, Penolong Pengarah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Encik Fadli Rabah Bin Mustafa Kamal, Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Encik Muhammad Aizuddin Bin Baharuddin, Penolong Pegawai Undang – Undang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Puan Roharyati Binti Zulkefli, Penolong Pengarah, Bahagian Standard dan Inspektorat, JKPTG, Putrajaya serta Encik Lim Ket Foo, Penolong Pengarah, Bahagian Standard dan Inspektorat, JKPTG, Putrajaya sebagai Pegawai Penyelaras bagi lawatan ini.

Pasukan Benchmarking JKPTG telah di sambut mesra oleh Dr. Mohd Shahrizan Bin Sahid, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Hajah Nurul Naqiah Binti Fadzil, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Pegawai – Pegawai Kanan serta kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membuat kajian dan pengumpulan data serta perbandingan piagam pelanggan antara PPTG dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam kriteria SSR yang menerapkan nilai penyampaian perkhidmatan yang cemerlang bagi orang awam.

Dalam masa yang sama pasukan ini juga meninjau dan menilai amalan terbaik serta pendekatan inovatif yang diamalkan oleh PTG Johor dalam tadbir urus tanah, pengurusan dokumen hak milik, sistem sokongan teknikal, serta inisiatif keterlibatan awam yang sedang giat dijalankan. Kajian benchmarking ini menjadi platform penting bagi perkongsian ilmu, pemindahan teknologi dan penilaian prestasi berdasarkan indikator SSR yang telah ditetapkan oleh JKPTG.

Ubah bahasa »