Perutusan Pentadbir Tanah Johor Bahru
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Muafakat Johor,
Selamat datang dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari Portal Pentadbiran Tanah Johor, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru. Besarlah harapan saya agar portal ini dapat menjadi salah satu rujukan penting kepada semua pihak dan membantu menjadikan Pentadbiran Tanah sebagai satu pentadbiran yang cekap dan mesra. Saya juga sentiasa mengalu-alukan pandangan, cadangan dan aduan melalui emel jabatan iaitu ‘ptjb@johor.gov.my‘. Semoga dengan adanya portal ini, ianya dapat membantu memudahkan orang awam berurusan dengan Pentadbiran Tanah Negeri Johor.
Sekian, terima kasih.
“PTDJB KEARAH BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA”
TUAN HAJI SYED NORUL SHAHRIL BIN SYED NASIR
Pentadbir Tanah Johor Bahru