• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Aplikasi Mudah Alih JohorPay


JohorPay adalah satu platform bersepadu bagi pembayaran perkhidmatan agensi kerajaan Negeri Johor termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan . JohorPay akan diperluaskan pada masa akan datang sebagai platform pembayaran dan perkhidmatan di Negeri Johor termasuk perniagaan, pendidikan dan kerjasama bersama pihak swasta dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan.

JohorPay merupakan salah satu insiatif Kerajaan Negeri kearah Kerajaan Tanpa Tunai (Cashless Government) dan perkhidmatan end-to-end kepada rakyat . JohorPay akan menjadi platform transformasi perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan berpaksikan rakyat (Citizen-Centric Government) dimana perkhidmataan Kerajaan lebih mudah , telus dan cepat dan secara masa nyata dengan pendekatan Kerajaan sebagai platform (Government-as-a-Platform) kepada rakyat. JohorPay akan menjadi perkhidmatan setempat secara dalam talian bagi perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan tiada lagi konsep silo yang menyukarkan rakyat untuk berurusan dengan setiap agensi.

Tahun 2021, JohorPay akan meliputi perkhidmatan terimaan cukai tanah secara dalam talian dan terimaan selain hasil cukai tanah seperti bayaran permit, bayaran premium dan bayaran pelbagai . Seterusnya, pada Tahun 2022, perkhidmatan lain seperti bayaran cukai taksiran, kompaun, sewaan premis, bayaran lesen dan permit veterinar, bayaran zakat , bayaran sijil pengesahan halal dijangkakan boleh dibuat melalui JohorPay.

Portal JohorPay telah telah mula beroperasi dan diguna pakai bermula 21 Oktober 2021. Bagi Aplikasi Mudah Alih JohorPay, pengguna boleh mula memuat turun aplikasi melalui Playstore, AppStore dan Huawei AppGallery mulai 2 Disember 2021.

Ubah bahasa ยป
Skip to content