• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Tanah dan Galian Johor

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Tanah dan Galian Johor telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir dengan Tuan Haji Ashari bin Kasnan, hari ini.

Acara serah terima tugas yang diadakan di Pejabat Tanah dan Galian Johor telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah 1 serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Seluruh warga Pentadbiran Tanah Johor amnya dan warga Pejabat Tanah dan Galian Johor khasnya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian Johor. Ucapan tahniah juga kepada Tuan Haji Ashari bin Kasnan di atas pelantikan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Johor yang baharu.

Pada hari ini juga, Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Tuan Haji Ashari Bin Kasnan telah mengadakan sesi ramah mesra bersama pembayar cukai tanah bagi tahun 2022. Program ini telah diadakan di Pejabat Tanah Dan Galian Johor, Kota Iskandar dan kemudian di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

Ubah bahasa ยป
Saiz Font
Warna Latar belakang
Pentadbiran Tanah Johor