• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Perutusan Pentadbir Tanah Kulai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kerancakkan era ICT pada masa kini telah membina satu hubungan dan interaksi yang jitu di antara kerajaan dengan dunia luar. Kelebihan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pentadbiran kerajaan di dalam merapatkan dan meminimumkan jurang komunikasi antara rakyat untuk menyalurkan perkhidmatan yang berkualiti dan maklumat yang tepat pada setiap masa.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan yang sangat komited didalam menyempurnakan tugas, Pejabat Tanah Daerah Kulai juga tidak ketinggalan di dalam perkara ini. Kami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti agar kepuasan hati pelanggan dapat dicapai sejajar dengan hasrat kerajaan didalam melahirkan paperless organization suatu hari nanti. Usaha-usaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dilakukan dengan membuat pembaharuan dalam sistem dan proses kerja secara berterusan. 

Justeru, pembangunan Laman Web ini adalah tepat pada masanya. Adalah diharapkan orang awam khususnya pelanggan-pelanggan akan dapat berurusan dengan jabatan ini dengan lebih mudah disamping boleh merujuk kepada maklumat-maklumat yang disediakan dengan tepat dan cepat. 

Akhir kata, saya mengalukan orang ramai khususnya pelanggan untuk melayari laman web ini dan berharap akan mendapat manfaat daripadanya. 

Sekian, terima kasih.

PUAN NURUL NAQIAH BINTI FADZIL
PENTADBIR TANAH DAERAH KULAI

Ubah bahasa »
Skip to content