Perutusan Pentadbir Tanah Muar
Assalamualaikum w.b.t
Di sini saya mengucapkan setinggi kesyukuran kerana Portal Rasmi Pejabat ini dapat disiapkan pada masanya. Dengan kerjasama dari banyak pihak, alhamdulillah akhirnya hasrat untuk merealisasikannya tercapai jua.
Tujuan dibangunkan platform maya ini adalah bertujuan untuk berada seiring dengan teknologi terkini iaitu berkomunikasi secara maya. Ini adalah satu kemudahan kepada orang ramai atau rakyat untuk lebih mudah mendapatkan maklumat serta informasi terkini tentang pengumuman dari Pejabat Tanah Muar dan sebagainya.
Diharap, dengan adanya platform ini, lebih mudah urusan rakyat dengan Pejabat Tanah Muar.
Sekian, terima kasih.
ENCIK MOHD HISAM BIN SAID
Pentadbir Tanah,
Muar