• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Perutusan Penolong Pentadbir Tanah Labis

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya pentadbiran ini berjaya mewujudkan Portal Rasmi Pentadbiran Tanah Johor. Kewujudan Portal Rasmi ini merupakan satu kaedah berkesan dalam usaha menerapkan satu budaya tranformasi. Disamping itu, kecangihan teknologi pada masa kini membolehkan semua maklumat yang diperlukan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan mudah serta meningkatkan mutu perkhidmatan di sesebuah pentadbiran selain memudahkan orang awam untuk berurusan dengan jabatan kerajaan khususnya di dalam urusan pentadbiran tanah dengan hanya menggunakan satu pautan sahaja.

Kewujudan Portal Rasmi ini sebagai satu platform untuk berkongsi maklumat pentadbiran tanah seperti informasi-informasi terkini pentadbiran seperti maklumat bayaran, cukai, urusniaga dan lain-lain. Selain itu, ia juga memudahkan orang awam untuk memuat turun borang dan mengetahui maklumat lain seperti nama kakitangan serta aktiviti-aktiviti sesebuah pentadbiran. Tujuan utama adalah untuk memastikan maklumat yang di sampaikan adalah lebih berkualiti, telus dan efisyen kepada orang awam.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat Protal Rasmi Pejabat Tanah Labis Dan Daerah Kecil Labis. Kami sentiasa menerima sebarang pandangan dan teguran daripada orang awam untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pentadbiran ini dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 ENCIK ABD RAZAK BIN HAJI ITHNAIN
Penolong Pentadbir Tanah Labis

Ubah bahasa »
Skip to content