Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
Ts. PUAN RAJA EMY ARFAH BINTI RAJA ABD RAHMAN
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KANAN)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT jabatan.
- Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan kepada semua pengguna.
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT.
- Menentukan dan menganalisis risiko aset ICT serta melaksanakan aktiviti pengurusan risiko.
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian.
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT) dan ICTSO memaklumkannya kepada CDO.
- Bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera.



