Profil Daerah Kecil Pengerang

Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi yang merupakan salah satu lokasi penempatan penduduk yang semakin membangun. Pejabat ini mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian pembangunan / pelupusan, bahagian hasil dan bahagian pentadbiran. Terdapat 3 buah mukim di dalam daerah kecil Pengerang iaitu mukim Pengerang, Tanjung Surat dan Pantai timur.

Rajah: Peta Mukim Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kecil Pengerang
Bil. | Nama Mukim | Keluasan (Hektar) |
1 | Pengerang | 18,389 |
2 | Pantai Timur | 22,518 |
3 | Tanjung Surat | 33,426 |
Jadual: Keluasan Mukim-Mukim Bagi Daerah Kecil Pengerang