Perutusan Pentadbir Tanah Mersing
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pentadbiran Tanah Johor.
Semoga dengan kepesatan teknologi kini, orang perseorangan mahupun jabatan-jabatan berkaitan dapat berhubung dan memberi maklumbalas atau komen serta pendapat bagi menambahbaik mutu perkhidmatan jabatan ini.
Sempena dengan perlancaran logo korporat baru dan slogan jabatan CEKAP, MESRA, INTEGRITI, di harap kemudahan maya serta dalam talian yang disediakan melalui Portal ini dapat membantu orang ramai bagi mendapatkan informasi yang diperlukan serta dapat menyalurkan aduan mahupun permohonan atau pun bayaran dengan pantas dan cepat.
Pentadbiran ini mensasarkan matlamat maklumat di hujung jari dapat dikecapi melalui terlaksananya Portal ini. Selamat melayari Portal Rasmi Pentadbiran Tanah Johor.
Sekian, terima kasih.
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TUAN HAJI ABDUL HAKIM BIN ABD. MANAP
Pentadbir Tanah Daerah Mersing