𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 “𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐃𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈” 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐃𝐑 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐙𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor berbesar hati menerima lawatan Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani bersama delegasi ke pentadbiran ini.
Ketibaan Setiausaha Kerajaan Johor disambut oleh Pengarah PTG Johor, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, barisan pegawai serta warga kerja PTG Johor.
Dalam lawatan tersebut, Yang Berhormat Tan Sri menitipkan kata-kata hemat yang penuh makna dan sarat dengan nasihat, menyuntik semangat serta memberi penghargaan kepada seluruh Pentadbiran Tanah Johor.
PTG Johor menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan dorongan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor kepada Pentadbiran Tanah Johor khususnya PTG Johor.