𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐨𝐰𝐧𝐡𝐚𝐥𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Pada Hari ini 24 Julai 2025 telah diadakan Program Townhall Pengarah Tanah dan Galian Johor bersama Penyerah Urusan. Program yang telah dimulakan pada tahun 2024 oleh Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor ini merupakan medium bagi menyantuni pihak Penyerah Urusan melibatkan perbincangan berkaitan penambahbaikan servis perkhidmatan kaunter dan kualiti urus tadbir yang cekap dan efisen kepada rakan strategik Pejabat Tanah dan Galian Johor.
Program ini turut dihadiri oleh Dr. Mohd Shahrizan bin Sahid, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Hajah Nurul Naqiah binti Fadzil, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) serta Pegawai- Pegawai Kanan Pejabat Tanah dan Galian Johor. Manakala Pihak Penyerah Urusan diwakili oleh Tn Haji Fuad dan rakan-rakan.
Pengarah Tanah dan Galian Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Penyerah Urusan bukan sahaja di PTG, malah diseluruh Pentadbiran Tanah di semua daerah di Negeri Johor.