GOTONG-ROYONG PEMASANGAN BENDERA DI BANGUNAN SULTAN ISKANDAR DAN PREMIS JABATAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-68 TAHUN 2025
KOTA TINGGI, 20 Ogos 2025 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, satu program gotong-royong pemasangan Jalur Gemilang telah diadakan di Bangunan Sultan Iskandar serta di premis-premis jabatan kerajaan sekitar daerah Kota Tinggi.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja jabatan serta menceriakan persekitaran bangunan kerajaan dengan kibaran Jalur Gemilang. Pelaksanaan aktiviti ini turut mencerminkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan kakitangan jabatan.
Melalui inisiatif ini, Pejabat Tanah Kota Tinggi bersama agensi-agensi kerajaan lain bukan sahaja menyumbang kepada suasana sambutan Hari Kebangsaan yang lebih meriah, malah memperkukuhkan semangat perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan penjawat awam.
Program seumpama ini juga selari dengan hasrat kerajaan dalam memupuk semangat nasionalisme dan menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan, di samping mendidik generasi kini tentang pentingnya mengekalkan identiti dan kedaulatan negara.