• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt Hari Terbuka Bersama Staf PTD dan Amanat Puan PTD Tahun 2026

Hari Terbuka Bersama Staf Pejabat Tanah Kota Tinggi dan Amanat Puan PTD Sempena Tahun Baharu 2026

Kota Tinggi, 14 Januari 2026 – Pejabat Tanah Kota Tinggi telah menganjurkan Hari Terbuka dalaman bersama staf sempena Tahun Baharu 2026, bertujuan mempererat hubungan sesama pegawai serta meningkatkan kefahaman terhadap perkhidmatan dan urusan jabatan.

Program dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Perkhidmatan Awam. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar, sebelum amanat rasmi disampaikan oleh Pentadbir Tanah Kota Tinggi, Puan Nurul Ashikin Binti Haji A. Jabar yang menekankan kepentingan kasih sayang, mesra, usaha, bersistematik, ketelusan, integriti, profesionalisme dan kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Seterusnya, para peserta menikmati sarapan pagi di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Kota Tinggi sebelum aktiviti utama ‘Open Day’ dalaman bermula. Antara pengisian program yang disediakan ialah:

– Kaunter HRMIS (MyPerformance)

– Kaunter Pinjaman LPPSA / Komputer

– Semakan Buku Perkhidmatan

Program ini memberi peluang kepada staf untuk mendalami proses pentadbiran dan urusan perkhidmatan secara lebih menyeluruh, di samping bertukar pandangan serta pengalaman sesama rakan sekerja. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan komitmen staf ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

#HariTerbukaStafPTKT #PejabatTanahKotaTinggi #PejabatTanahKecilPengerang #TahunBaharu2026 #KerjasamaPegawaidanStaf #HRMIS #LPPSA #OpenDayPTKT

Ubah bahasa »