• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) PENTADBIRAN TANAH DAN KUNJUNGAN MUHIBBAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS, KUALA TERENGGANU.

30 Julai 2025, Pejabat Tanah Tangkak telah membuat satu Lawatan Kerja Penanda Aras Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah  Dan Kunjungan Muhibbah Ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

Lawatan rasmi ini berlangsung di Bilik Mesyuarat di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Delegasi daripada PTDT diwakili oleh, Encik Muhammad Azri Bin Abdullah, Penolong Pentadbir Tanah II, turut disertai Encik Afiffarhan Bin Mohd Azam, Penolong Pentadbir Tanah II dan Pegawai – Pegawai Kanan serta kakitangan Pejabat Tanah Daerah Tangkak.

Kunjungan Muhibbah ini telah di sambut mesra oleh YBrs. Encik Nasran bin Abd Halim, Ketua Penolong Pentadbir Tanah bersama barisan Pegawai Kanan dan warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membuat kajian dan pengumpulan data serta perbandingan piagam pelanggan antara Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam kriteria SSR yang menerapkan nilai penyampaian perkhidmatan yang cemerlang bagi orang awam.

Dalam masa yang sama pasukan ini juga meninjau dan menilai amalan terbaik serta pendekatan inovatif yang diamalkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus dalam tadbir urus tanah, pengurusan dokumen hak milik, sistem sokongan teknikal, serta inisiatif keterlibatan awam yang sedang giat dijalankan. Kajian penanda aras ini menjadi platform penting bagi perkongsian ilmu, pemindahan teknologi dan penilaian prestasi berdasarkan indikator SSR yang telah ditetapkan oleh JKPTG.

Ubah bahasa »