LAWATAN SHARING SESSION PENYEDIAAN DOKUMEN KERJA MS ISO 9001 : 2015 KAKITANGAN PEJABAT TANAH KLUANG KE PEJABAT TANAH DAERAH TANGKAK
Satu lawatan kerja bagi penyediaan dokumen MS ISO 9001:2015 telah diadakan oleh kakitangan Pejabat Tanah Kluang ke Pejabat Tanah Daerah Tangkak pada 22 Julai 2025.
Lawatan ini melibatkan seramai 32 orang kakitangan termasuk pegawai Pejabat Tanah Kluang. Tujuan utama untuk melihat secara langsung pelaksanaan serta pematuhan proses kerja mengikut piawaian MS ISO 9001:2015 di Pejabat Tanah Tangkak.
Sepanjang lawatan, para pegawai diberi taklimat terperinci mengenai pelaksanaan sistem kualiti, diikuti dengan sesi lawatan ke unit-unit berkaitan bagi meninjau pelaksanaan proses kerja di lapangan.
Lawatan ini diharap dapat memberikan pendedahan berguna dan menjadi rujukan bagi penambahbaikan proses kerja di PTG selaras dengan amalan terbaik pengurusan kualiti.