LAWATAN SHARING SESSION PENYEDIAAN DOKUMEN KERJA MS ISO 9001 : 2015 OLEH UNIT AUDIT DALAM PTG KE PEJABAT TANAH DAERAH TANGKAK
Satu lawatan kerja bagi penyediaan dokumen MS ISO 9001:2015 telah diadakan oleh Unit Audit Dalam, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) ke Pejabat Tanah Daerah Tangkak pada 3 Jun 2025.
Lawatan ini melibatkan seramai enam (6) orang pegawai daripada Unit Audit Dalam PTG dan bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan serta pematuhan proses kerja mengikut piawaian MS ISO 9001:2015 di Pejabat Tanah Tangkak.
Sepanjang lawatan, para pegawai diberi taklimat terperinci mengenai pelaksanaan sistem kualiti, diikuti dengan sesi lawatan ke unit-unit berkaitan bagi meninjau pelaksanaan proses kerja di lapangan.
Lawatan ini diharap dapat memberikan pendedahan berguna dan menjadi rujukan bagi penambahbaikan proses kerja di PTG selaras dengan amalan terbaik pengurusan kualiti.