MAJLIS ASPIRASI DAN APRESIASI KECEMERLANGAN 2024 PEJABAT TANAH DAERAH TANGKAK SERTA MAJLIS SELAUT BUDI SERIBU MEMORI
Alhamdulillah telah berjaya disempurnakan Majlis Aspirasi Dan Apresiasi Kecemerlangan 2024 Pejabat Tanah Daerah Tangkak serta Majlis Selaut Budi Seribu Memori bagi meraikan kakitangan yang telah berpindah ke Pejabat iaitu Pn Faridah Binti Rohmat, En Azlan Bin Mohd Yassin, dan Pn Nurhayati Binti Idris. Selain itu, PTDT turut memberi penghargaan kepada pegawai yang telah bersara, iaitu En Mohsin Bin Hussin.
Tema tahun ini ialah denim biru gabungan warna putih . Terima kasih kepada semua kakitangan yang turut serta dengan penuh semangat menggayakan busana bertema Denim Biru Dan Putih. Majlis juga diserikan dengan Cabutan Bertuah, Hadiah Tik Tok Terbaik, Penyampaian Sijil Pelajar Praktikal serta Sambutan Hari Lahir Bulan Mei hingga Ogos Kakitangan Pejabat Tanah Tangkak .
Tahniah kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2024). Semoga anugerah yang diberi memberi motivasi kepada kakitangan dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada agensi dan masyarakat.