MAJLIS CABUTAN BERTUAH PEJABAT TANAH DAN GALIAN (PTG) JOHOR 2025
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor telah berjaya menganjurkan Majlis Cabutan Bertuah Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Khamis, 19 Jun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar cukai tanah yang terus menunjukkan komitmen dan sokongan dalam membantu pembangunan negeri Johor.
Program ini merupakan satu manifestasi keprihatinan dan penghargaan pihak PTG Johor terhadap rakyat, khususnya mereka yang sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Ia juga mencerminkan usaha PTG Johor dalam mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat, walau dalam suasana norma baharu.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah!
Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada semua pembayar cukai yang telah menunjukkan komitmen dan tanggungjawab dalam menjelaskan cukai tanah.
#PTGJohor
#CabutanBertuah2025
#TerimaKasihPembayarCukai
#CukaiTanahBukanCukaiHarta