Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Tanah Daerah Mersing Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor
Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Tanah Daerah Mersing Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor Bagi Tahun 2022 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Mersing pada 19 Mei, 2022 (Khamis) jam 9.00 pagi.
Majlis dimulai dengan Taklimat Anti Rasuah yang telah disampaikan oleh Penceramah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Mohd Hassan bin Sulaimi (Penolong Penguasa). Majlis dihadiri oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor Tuan Sheikh Hamadi bin Haji Sheikh Abdul Hamid dan Pegawai Pengiring dari SPRM Negeri Johor.
Semua pegawai & kakitangan Pejabat Tanah Mersing yang hadir telah melafazkan ‘Ikrar Bebas Rasuah’ yang diketuai oleh Tuan Muhammad Shahril Azizi bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing dan seterusnya menandatangani borang IBR tersebut sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor.