• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NURUL HASYIMAH BINTI RAMLEE, PENOLONG PENTADBIR TANAH (PENDAFTARAN)

KOTA TINGGI, 22 Ogos 2025 (JUMAAT) – Pejabat Tanah Kota Tinggi telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan pertukaran Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran), Puan Nurul Hasyimah binti Ramlee yang akan memulakan tugasan baharu di Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Bermula 25 Ogos 2025, beliau akan menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha (Bahagian Pemantauan Penilaian Program Pembangunan dan Teknikal).

Sepanjang perkhidmatan beliau di Pejabat Tanah Kota Tinggi, Puan Nurul Hasyimah telah menunjukkan komitmen tinggi dan dedikasi yang amat dihargai oleh semua warga pejabat.

Seluruh warga PTKT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan beliau. Semoga terus sukses dan cemerlang dalam kerjaya baharu! 🌟

#PTKT
#perpisahan
#SetiausahaKerajaanJohor
#penghargaan
#selamatmajujaya

Ubah bahasa »