MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT PENTADBIRAN TANAH JOHOR BIL. 3/2025 DI PEJABAT TANAH KOTA TINGGI
KOTA TINGGI, 7 Ogos 2025 – Pejabat Tanah Kota Tinggi telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Pentadbiran Tanah Johor Bil. 3/2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah II (Pendaftaran) PTG Johor, Puan Hajah Nurul Naqiah binti Fadzil.
Mesyuarat ini membincangkan perkembangan dan kemajuan pelaksanaan inisiatif pendigitalan dalam pentadbiran tanah negeri Johor, termasuk status projek ICT terkini, isu-isu teknikal yang dihadapi, serta cadangan penambahbaikan untuk memperkukuh kecekapan sistem sedia ada.