• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt Pembayar Cukai Tahun 2026 -hari kedua

Pembayar Cukai Terawal Tahun 2026 – Hari ke 2

KOTA TINGGI, 2 Januari 2026 – Kehadiran pembayar cukai pada hari kedua Tahun 2026 di kaunter Pejabat Tanah Kota Tinggi terus menunjukkan sambutan yang menggalakkan. Pentadbiran Tanah Johor merakamkan penghargaan kepada para pembayar cukai yang hadir awal dan melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanah dengan penuh komitmen.

Pentadbiran Tanah Johor mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh para pembayar cukai. Tahap kesedaran dan tanggungjawab yang ditunjukkan mencerminkan semangat kerjasama yang positif antara rakyat dan pentadbiran negeri.

Usaha berterusan ini diharap dapat memupuk budaya pembayaran cukai yang berdisiplin serta menyumbang kepada kelancaran urusan pentadbiran dan pembangunan negeri Johor.

#PembayarCukai2026 #CukaiTanah #PejabatTanahKotaTinggi #PentadbiranTanahJohor #JohorBerintegriti #KhidmatUntukRakyat #TanggungjawabBersama

Ubah bahasa »