Pembayar Cukai Terawal Tahun 2026 – Hari Pertama
KOTA TINGGI, 1 Januari 2026 – Pembayar cukai terawal bagi Tahun 2026 yang hadir di kaunter Pejabat Tanah Kota Tinggi hari ini telah menerima cenderahati istimewa daripada Pentadbiran Tanah Johor sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka menunaikan tanggungjawab membayar cukai tanah pada hari pertama tahun baharu.
Pentadbiran Tanah Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pembayar cukai yang hadir serta menjelaskan cukai tanah pada hari ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai serta mencerminkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan rakyat.
Inisiatif ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai pembayar cukai untuk melaksanakan kewajipan mereka tepat pada masanya, sekali gus menyokong kelancaran pentadbiran dan pembangunan negeri Johor.
#PembayarCukaiTerawal2026 #CukaiTanah #PejabatTanahKotaTinggi #PentadbiranTanahJohor #JohorBerintegriti #KhidmatUntukRakyat #tanggungjawabbersama



