• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt Terimaan Hasil Lebih RM1.9 Bilion Bagi Tahun 2025

Pentadbiran Tanah Johor Catat Terimaan Hasil Lebih RM1.9 Bilion Bagi Tahun 2025

KOTA TINGGI, 8 Januari 2026 – Pentadbiran Tanah Johor mencatat pencapaian yang amat membanggakan bagi tahun 2025 apabila terimaan hasil keseluruhan negeri mencecah RM1,902,068,503.97, sekali gus melepasi anggaran awal sebanyak RM1,350,000,000.00.

Pencapaian lebihan hasil ini mencerminkan kecekapan, keberkesanan sistem pentadbiran serta komitmen tinggi warga kerja Pentadbiran Tanah Johor dalam memastikan pengurusan hasil negeri dilaksanakan secara berintegriti dan berkesan.

Selain itu, Pejabat Tanah Kota Tinggi dan Pejabat Tanah Kecil Pengerang turut mencatat prestasi terimaan hasil yang membanggakan apabila masing-masing merekodkan kutipan sebanyak RM52,850,479.84 dan RM40,936,630.40 bagi tahun yang sama.

Kejayaan ini dilihat sebagai hasil kerjasama padu antara warga kerja pentadbiran tanah serta sokongan berterusan daripada semua pihak berkepentingan, termasuk pemilik tanah yang komited melaksanakan tanggungjawab pembayaran cukai tanah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja yang telah menunjukkan dedikasi, profesionalisme dan komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan demi pembangunan Johor yang lebih maju dan makmur.

#pejabattanahkotatinggi #pejabattanahkecilpengerang #pentadbirantanahjohor #jombayarcukaitanah #cukaitanahbukancukaiharta

Ubah bahasa »