• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Piagam Pelanggan (Pelupusan)

  • PERMOHONAN TANAH KERAJAAN

    Oleh individu dan Syarikat yang kurang daripada 20 permohonan.

    • Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan.

    Berkelompok dan Umum yang lebih daripada 20 permohonan.

    • Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 18 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan.
    24
  • PERMOHONAN MEMBAHARUI & MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH

    Daripada Pemilik Berdaftar Individu (Pertanian & Kediaman)

    • Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah & Galian Johor dalam tempoh 3 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.

    Daripada Pemilik Berdaftar Syarikat (Semua Kategori Termasuk Individu Bagi Kategori Industri)

    • Perakuan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
    15
  • PERMOHONAN HAKMILIK RUMAH MURAH / KEDAI MURAH KERAJAAN

    Daripada Pemohon Asal

    • Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah & Galian Johor dalam tempoh 3 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.

    Daripada Pemohon Selain Daripada Pemohon Asal

    • Perakuan akan dimajukan kepada Y.A.B Menteri Besar Johor dalam tempoh 3 minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
    3
  • PERMOHONAN LEBIHAN KELUASAN SELEPAS DIUKUR HALUS

    Lebih 3 ekar dan tidak melebihi sepuluh (10) ekar tetapi kurang daripada 10% keluasan asal.

    • Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor dalam tempoh 3 minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.

    Lebih sepuluh (10) ekar tetapi kurang daripada 10% keluasan asal.

    • Perakuan akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
    7
  • PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

    • Permohonan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
    10
  • PERMOHONAN RAYUAN

    • Perakuan semula bagi kes-kes rayuan permohonan tanah Kerajaan atau kurang premium akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 10 Minggu dari tarikh terima kertas perakuan sekiranya lengkap.
    4
  • PENYAMPAIAN KEPUTUSAN KERAJAAN

    • Semua keputusan Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Y.A.B Menteri Besar Johor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan akan disampaikan kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh  3 Minggu dari tarikh keputusan diterima.
    1
Ubah bahasa »