Piagam Pelanggan (Penguatkuasaan dan Teknikal)
-
Semua permohonan berkaitan kebenaran ekspot bahan batuan akan disiapkan dalam jangkamasa DUA bulan dengan syarat disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
5 -
Pengeluaran kupon ekspot akan disiapkan dalam jangkamasa TIGA hari.
5 -
Penyediaan dan pengeluaran Pas Kebenaran Ekspot bagi darat dan laut akan diselesaikan dalam jangkamasa SEPULUH minit.
5 -
Urusan pembayaran kompaun di bawah seksyen 429B KTN akan diselesaikan dalam masa SATU hari.
5 -
Kami bersedia menerima dan menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan proses pengalihan dan mengekspot bahan batuan.
5 -
Menjamin setiap permintaan bantuan penguatkuasaan bahan batuan bagi operasi segera akan dilaksanakan pada hari yang sama dan bagi operasi terancang akan diambil tindakan di dalam jangkamasa SATU minggu.
5 -
Menyusun dan menyediakan tenaga kerja serta peralatan bagi tindakan penguatkuasaan pencerobohan yang dikehendaki akan disediakan dalam masa SATU hari.
5



