SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI 1447H / 2025M
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI 1447H / 2025M
KOTA TINGGI, 5 September (Jumaat) — Ribuan umat Islam di daerah Kota Tinggi hari ini menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M dengan perarakan beramai-ramai yang bermula di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi dan berakhir di Masjid Bandar Kota Tinggi.
Perarakan tersebut dimeriahkan dengan selawat serta sepanduk bertemakan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Majlis turut diisi dengan ceramah agama, bacaan doa, serta pengisian rohani sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada Rasulullah SAW.
Sambutan ini bukan sahaja mempereratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat, malah menjadi wadah memperkukuhkan semangat ukhuwah Islamiah dan meneladani sunnah Baginda SAW.