• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Alt TOWNHALL PERMIT BAHAN BATUAN (4C) TAHUN 2026

Sesi Townhall Permit Bahan Batuan (4c) Bagi Tahun 2026 Diadakan

KOTA TINGGI, 8 Januari 2024 – Satu sesi Townhall berkaitan Permit Bahan Batuan (4C) bagi Tahun 2026 telah diadakan khusus untuk pengusaha-pengusaha bahan batuan di Daerah Kota Tinggi.

Sesi townhall tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pentadbir Tanah, Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, manakala taklimat dan pembentangan telah disampaikan oleh Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan, Teknikal dan Hasil), Encik Muhammad Mu’izzuddin bin Mohd Hatta. Sesi ini juga turut dihadiri oleh Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang, Encik Mohd Najib bin Don @ Abdul.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan serta penjelasan berhubung keperluan Permit Bahan Batuan (4C), termasuk syarat permohonan, prosedur kelulusan serta pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, sesi townhall ini turut membuka ruang interaksi dua hala apabila para pengusaha diberi peluang mengemukakan pertanyaan, pandangan serta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan pelaksanaan Permit Bahan Batuan (4C) bagi tahun 2026.

Penganjuran sesi ini diharap dapat meningkatkan tahap pematuhan serta memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa dan pengusaha bahan batuan demi pengurusan sumber yang lebih teratur dan mampan di Daerah Kota Tinggi.

#Townhall #PermitBahanBatuan #Permit4C #KotaTinggi #PengusahaBahanBatuan #Tahun2026 #PentadbirTanah #PengurusanSumber #PematuhanUndangUndang

Ubah bahasa »