Audit Pengurusan
Fungsi Bahagian Audit Pengurusan
-
Audit Pengurusan Tanah
Audit Pengurusan Tanah mengkaji sistem, prosedur dan operasi pentadbiran tanah bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi, berkesan, ekonomi dan sesuai. Memastikan Pentadbiran tanah mematuhi undang-undang, peraturan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang berkuatkuasa.
- Tunggakan Permohonan Tanah (Notis 5A dan 7G)
- Pengeluaran Permit Bahan Batuan 4C
- Tunggakan Cukai Tanah (Notis 6A dan 8A)
- Wang Amanah
- Prestasi LCM
- Pemilikan Harta oleh Warga Asing
- Langgar Syarat
- Jumlah Rezab Melayu
-
Urus setia sistem penarafan bintang (SSR)
02 Feb 2005 – Arahan Y.A.B Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemah Menteri
17 Mei 2012 – Persetujuan pelaksanaan Penarafan Bintang di PTD/PT melalui Mesyuarat Bil. 1/2012
Objektif SSR :
- Mengukur kemajuan dalam pentadbiran
- Memberi pengiktirafan secara formal
- Menilai dan mengukur prestasi pentadbiran
- Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi, amalan yang terbaik
- Menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan Pentadbiran Tanah
-
Urus setia Land Coordination Meeting (LCM)
Bahagian Audit Pengurusan Pejabat Tanah dan Galian Johor merupakan urus setia menyelaras dan memantau Land Coordination Meeting (LCM) Pentadbiran Tanah Johor.
Berikut adalah objektif “LCM” :
- Menyelaras dan menyegerakan proses kelulusan permohonan di Pejabat Tanah
- Memendekkan norma masa serta memudahkan cara sesuatu proses permohonan di Pejabat Tanah
- Menyeragamkan prosedur mendapatkan ulasan Jabatan Teknikal.
Indikator “LCM”
- Proaktif untuk mendapatkan ulasan dan pandangan Jabatan Teknikal
- Meningkatkan keberkesanan dalam mengumpul ulasan Jabatan Teknikal dengan lebih mudah
- Membentuk satu Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat dan diproses lebih efektif dan berkesan untuk menjaga kepentingan PBN
-
Urus setia Jawatankuasa Antirasuah (JAR)
Pelan ANtirasuah Kerajaan Johor (JACP) Tahun 2021-2025
JACP merupakan satu manifestasi kesungguhan Kerajaan Negeri Johor dalam mencegah perbuatan amalan rasuah yang dilaksana dalam pelan jangka masa 5 Tahun.
Bahagian Audit Pengurusan juga merupakan urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Pentadbiran Tanah Johor termasuk menyediakan pelaporan lengkap isu JAR untuk dibawa dalam Mesyuarat JAR Negeri Johor
Berikut adalah empat terma utama JAR :
- Dasar dan Perundangan
- Sistem dan Prosedur
- Pengukuhan Governans dan Integriti
- Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan
-
Urus setia Laporan Ketua Audit Negara AG'S Dashboard
- Menyelaras dan memantau laporan AG’S Dashboard Pentadbiran Tanah Johor
- Memastikan tindakan segera diambil terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sekali gus menyelesaikan isu-isu tertunggak
- Menggalakkan ketelusan di dalam Pentadbiran Tanah Johor.
-
Memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor melalui pemerhatian dan Laporan audit secara bebas, objektif dan tepat pada masanya mengenai operasi pentadbiran Tanah
Dikemaskini pada 16 Oktober 2023 10:20am