𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐎𝐇 𝟎𝟑, 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
Tarikh : 8 November 2022 | SELASA
Tempat : Dewan Terbuka, Felda Tenggaroh 3
Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah menjayakan majlis penyerahan Hakmilik Generasi Kedua Felda Tenggaroh 3, pada petang tadi di Dewan Terbuka Felda Tenggaroh 3, Mersing.
Dalam majlis ini, YAB Menteri Besar Johor telah menyampaikan Hakmilik kepada 191 penerima generasi kedua Felda Tenggaroh 3. YAB Menteri Besar Johor menyampaikan hadiah cabutan bertuah utama dan melawat gerai pameran yang diadakan serta meluangkan masa beramah mesra dengan warga Felda Tenggaroh 3.
Turut hadir adalah Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan Dan Budaya Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan, Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Hj Ali, Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Zuwairi Bin Amin, Pengarah Wilayah, Felda Wilayah Johor Bahru, Ketua- Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Daerah Mersing, Pengurus Felda, Penghulu-Penghulu Mukim, Dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas kesudian hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hakmilik pada petang tadi dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Tanah Dan Galian Johor, serta semua pihak yang telah turut sama memberikan komitmen dan hadir bagi menjayakan majlis pada hari ini.