𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓!
24 Julai 2025, Pejabat Tanah Dan Galian Johor – Majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah bagi pembayar cukai tanah Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna Aras 2, Pejabat Tanah dan Galian Johor hari ini.
Hadiah bagi cabutan bertuah tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Nurul Naqiah Binti Fadzil, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) dan diiringi oleh Puan Farhana binti Fadzil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hasil & Teknologi Maklumat bersama Ts. Puan Raja Emy Arfah binti Raja Abd Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Hasil & Teknologi Maklumat kepada pemenang yang bertuah.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Program ini merupakan salah satu inisiatif penghargaan PTG Johor kepada para pembayar cukai tanah yang patuh dan komited dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Bangsa Johor.