πππππππ πππππ πππ πππππππ πππππ πππππ ππ πππππ ππππππ ππππ πππππ ππππππππ ππππππππ ππππππ, πππ πππππ
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor berbesar hati menerima lawatan kerja Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datoβ Onn Hafiz bin Ghazi ke tapak projek naik taraf Bahagian Hakmilik Strata yang terletak di Aras 1, Bangunan Datoβ Mohammad Salleh Perang, Kota Iskandar.
Ketibaan YAB Menteri Besar Johor disambut oleh Pengarah PTG Johor, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, bersama barisan pegawai dan warga kerja jabatan. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf ruang pejabat yang kini giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.
Sepanjang lawatan tersebut, YAB Menteri Besar Johor turut melawat beberapa komponen utama ruang yang sedang dinaik taraf, termasuk kawasan menunggu pelanggan, ruang kerja kakitangan, bilik kebal dokumen hakmilik, serta kemudahan infrastruktur yang lain. Pemerhatian khusus turut diberikan kepada susun atur ruang yang lebih tersusun, selesa dan kondusif untuk pelanggan serta warga kerja jabatan.
Projek ini merupakan antara KPI YAB Menteri Besar Johor menerusi Belanjawan Johor 2025 yang dibentangkan pada hujung tahun lalu, sebagai cerminan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan di Pentadbiran Tanah Johor.
Penambahan kaunter perkhidmatan serta pengoptimuman ruang kerja dijangka mampu meningkatkan kecekapan urus niaga, mempercepatkan proses penyampaian, serta mengurangkan masa menungguβsekali gus memberi manfaat terus kepada rakyat.
PTG Johor menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan sokongan Kerajaan Negeri Johor terhadap sektor pentadbiran tanah sebagai antara pemacu utama hasil pembangunan negeri. Pentadbiran Tanah Johor kekal komited untuk terus mendukung aspirasi YAB Menteri Besar Johor dalam menjadikan Johor sebagai negeri maju dan sejahtera.



