𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
6 Februari 2025, Kota Iskandar – Telah berlangsung Majlis Amanat Pengarah Tanah dan Galian Johor Tahun 2025 dan majlis Ikrar menandatangani Aku Janji Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail yang telah dihadiri oleh barisan Pegawai, Pentadbir-Pentadbir Tanah dan kakitangan PTG Johor.
Dalam amanatnya, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah atas sumbangan seluruh warga kerja PTG Johor khususnya dan Pentadbiran Tanah Johor amnya . Menyingkap tabir 2024 yang begitu mencabar, Pentadbiran Tanah Johor telah berjaya mencipta sejarah pungutan hasil tertinggi sepanjang tempoh Pentadbiran iaitu sebanyak RM1,439,735,075.12 iaitu bersamaan 115.18% melepasi sasaran tahunan yang ditetapkan. Tahniah diucapkan buat seluruh warga Pentadbiran Tanah Johor secara amnya.
Beliau turut menyeru kepada seluruh warga PTG Johor untuk meningkatkan disiplin diri serta membudayakan integriti dalam urusan kerja seharian bagi memantapkan tadbir urus di PTG Johor. Dipenghujung ucapannya, beliau turut mengingatkan warga kerja PTG Johor supaya sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama, bersepakat dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara dan tindakan agar semua perancangan yang telah disusun untuk tahun 2025 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Selain itu, majlis diteruskan dengan menandatangani aku janji ikrar akta rahsia rasmi 1972 penjawat awam dan majlis penghargaan kepada pegawai yang bertukar iaitu Puan Norliyati Binti Md Nor, Encik Abdul Azim bin Shamsuddin dan Encik Mohd Haniff bin Ahmad. Ucapan jutaan terima kasih dan sumbangan jasa bakti kepada pegawai-pegawai yang telah bertukar dan selamat maju jaya.
#PTGJohor
#AkarPenerajuPembangunan
#jombayarcukai




