𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
7 DISEMBER 2023 | KHAMIS | STADIUM MERSING
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, berkenan berangkat bersama lebih 3,000 rakyat pada Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Kota Tinggi dan Mersing.
Majlis turut dihadiri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil, dan Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali, Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua komuniti dan rakyat Daerah Kota Tinggi dan Mersing.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis pada harini daripada Daerah Kota Tinggi dan Mersing.
𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔