MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PEMBAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK TERAWAL SERTA PERASMIAN IKLAN PROMOSI CUKAI TANAH BERSAMA PERBADANAN PENGANGKUTAN AWAM JOHOR (PAJ) TAHUN 2025
Rabu, 1 Januari 2025 – Penyampaian Cenderahati Pembayar Cukai Tanah dan Cukai Petak Terawal Bagi Tahun 2025 diadakan di Pejabat Tanah dan Galian Johor yang telah disempurnakan oleh Puan Norliyati binti Md Nor, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan oleh Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Pendaftaran).
Pelbagai cenderahati telah disediakan kepada pembayar cukai tanah terawal pada tahun ini. Seramai 300 orang pembayar cukai hadir menunaikan tanggungjawab membayar cukai.
Program diteruskan dengan Perasmian Promosi Cukai Tanah bersama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Shafiei bin Ahamad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor.
Orang ramai boleh membayar cukai tanah dan cukai petak di qrcode di bas yang telah disediakan melalui platform Johorpay.
#JomBayarCukai
#CukaiTanahBukanCukaiHarta
#CukaiPetakJohor2025
#AkarPenerajuPembangunan


