• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐈𝐍𝐃𝐎𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐈𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐓𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐓𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐈𝐍𝐃𝐎𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐈𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐓𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐓𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Iskandar Puteri, 5 Februari 2025 – Sejajar dengan objektif untuk membentuk dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan, PUSPANITA PTG Johor bersama-sama PTG Johor mengambil satu inisiatif melaksanakan satu Program Sinergi Cemerlang Kerja Berpasukan (Indoor Team Building) yang diterajui oleh Encik Taufiq Hidayat bin Mohamad dari Rizky Global Resources.

Seramai 50 peserta yang terlibat bagi program ini terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PUSPANITA PTG Johor, warga kerja wanita PTG Johor yang juga merupakan ahli PUSPANITA PTG Johor.

Progam dimulakan dengan sesi ice breaking dan diikuti dengan beberapa latihan dalam kumpulan yang sangat menyeronokkan dan memberi impak kepada para peserta serta diakhiri dengan sesi perkongsian serta motivasi.

Program ini juga menekankan kepentingan komunikasi berkesan, kepercayaan, dan kerjasama bagi mencapai objektif bersama dalam sesebuah organisasi.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Suriya binti Haji Md Saad, Pengerusi PUSPANITA PTG Johor.

Keseluruhannya, diharapkan Program Sinergi Cemerlang Kerja Berpasukan ini dapat melahirkan individu yang lebih positif, efektif dalam bekerjasama dan menyumbang kepada kejayaan organisasi atau komuniti mereka.

“𝐈’𝐦 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭, 𝐘𝐨𝐮’𝐫𝐞 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭, 𝐖𝐞 𝐀𝐫𝐞 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭”

“𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐡𝐢𝐥 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩!”

#PTGJohor

#AkarPenerajuPembangunan

Ubah bahasa »